Isnin, 27 Julai 2009

Korang2 tahu pasal semua nie???? - 9

  • Pemimpin negara China yang terkenal dan diagung-agungkan oleh rakyatnya, Deng Xioping sebenarmnya mempunyai rahsia tersendiri bagaimana beliau berjaya mengekalkan kesihatan sehingga umurnya menjangkau lebih dari 90 tahun. Xioping menyatakan rahsia tersebut adalah amalannya mandi air sejuk dan bermain terup. (hmmm yeke... aku raselah kalau kat sini makin pendek umur.. pasal ape diorang main terup siap letak duit... bila tak cukup duit pinjam ngan along.. pastu takde duit nak ganti.. mau tak pendek umor....)
  • Seorang sherpa dari Nepal, Ang Rita telah berjaya mendaki hingga ke puncak gunung tertinggi, Everest untuk kali yang kesepuluh pada 23 Mei 1996. Apa yang menakjubkan ialah kesemua ekspidisi menawan puncak Gunung Everest yang dilakukan oleh Ang semenjak kejayaan pertamanya mendaki gunung tersebut pada 7 Mei 1983 tidak pernah menggunakan bekalan oksijen. Sementara itu, David Breashears dari Massachusetts, USA pula berjaya menjadi pendaki pertama yang sampai ke puncak Gunung Everest pada ketinggian 29,028 kaki dengan membawa peralatan untuk penggambaran yang paling berat. (hebatlah si Nepal tu.. hmm tak dinafikan orang Nepal ramai yang berani2.. mane taknye, mase zaman penjajahan British diorang jadi gurkha.. korang tahu ke ape tu gurkha... bukan hamid gurkha lahhhhh.........)
  • Terowong semulajadi yang terletak di Kaveri di daerah Deewas, Madhya Pradesh, India merupakan terowong yang paling dalam di dunia. Kedalamannya melebihi 1,000 kaki dan lebarnya ialah 100 meter. Lubang besar semulajadi tersebut dianggap sebagai fenomena geologi yang luarbiasa. (kalau kat malaysia ni terowong smart ade dua kegunaan.. satu utk laluan kereta dan satu lagi untuk mengalirkan air bila banjir... hmmm korang2 yg guna terowong tu jgn lah bising bila ianya ditutup... penggunaan utama terowong tu adalah utk alirkan air banjir... kalau tak dialihkan, korang jugak yang bising.... ish korang.. di alih bising tak dialihkan lagilah korang bising...)
  • Beberapa ahli sains di England yang diketuai oleh seorang embriologis di Institut Roslin, Edinburgh, Dr Ian Wilmut telah berjaya menghasilkan klon binatang dewasa yang pertama. Binatang yang berjaya diklon itu ialah seekor bebiri yang dinamakan DOLLY. Kambing tersebut adalah hasil cantuman tetek ibunya. Ini menyebabkan hasil kambing klon itu seiras dengan ibu kambing tersebut. (hmmm korang jgn cuba nak buat klon mcm nie... isu besau wei.. tp kalau nak beli barangan clon ke.. itu korang nyer pasallah...)
  • Kea adalah sejenis burung yang hanya boleh ditemui di New Zealand . Ia mempunyai kegemaran yang cukup aneh iaitu gemar memakan lapisan getah yang terdapat pada sekeliling tingkap kereta. (apa kate dibagikan kat binatang tu gula2 getah... konpemlah keta korang takde masalah nanti...)
  • Tiga majalah mingguan terkemuka di dunia- Times, Newsweek, Sports Illustrated pernah menampilkan enam pesonaliti yang sama pada muka depannya secara serentak. Mereka ialah Joe Namath, Reggie Jackson, Mary Lou Retton dan OJ Simpson, Anggota Sekretariat Amerika dan pasukan hoki air Amerika Syarikat 1980 yang paling terkenal itu. (kalau kat sini aku raselah.. (ini aku rase tau) bila org terkenal melakukan jenayah... uishhh besok pagi nampak muka diorang dalam paper.. tp kene coverlagilah.. cukup mase bebas.... mugehehehe...)
  • Seorang wazir agung Parsi, Abdul Kassem Ismael telah memiliki perpustakaan bergerak pada abad ke-10. Buku-bukunya yang berjumlah 117,000 buah terpaksa dibawa oleh 400 ekor unta yang terpaksa bertatih menyeberangi padang pasir ke mana sahaja di pergi. (ishhh dahsyatlah.... ape yg pasti aku kesian kat unta2 tue... berat tu weiii... tp dia baca ker semua buku tue... hmmm bace kot)
  • Darah akan memancut apabila kulit seseorang luka, samada ditikam atau ditembak. Keadaan ini berlaku kerana jantung menghasilkan tekanan yang cukup kuat kerana ia berupaya mengepam darah pada kadar 10 meter. (hmm mcm mane pulak dgn jerawat terpancut bila kita memincitnya... ada kaitan ngan jantung tak.... Eeee yerkhhhh geli ah...)
  • Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan. (kalau mcm tu gbr sedang tidor lah senang nak amik... yelah.. tido lapan jam.. tp pastikan tido tu statikkk jer... gitu??)
  • Jika anda lemparkan sekeping syiling sebanyak 10,000 kali ke udara, anda akan mendapati gambar bahagian `kepala' sebanyak 4,950 kali berbanding ekor. Keadaan ini berlaku kerana setiap syiling lebih berat di bahagian `kepala'. (hmmm yeke? korang buat dulu... idoklah teman nak buat cenggini....)
  • Masyarakat Mesir purba akan mencukur bulu kening mereka sebagai tanda berkabung setiap kali kucing kesayangan mereka ditemui mati. (mcm mane dengan pompuan skrg yg suke cukur kening??? same gak ker???)
  • Semua planet dalam sistem solar dinamakan mengikut mitos Yunani dan Rom kecuali Uranus, yang didasarkan daripada salah satu watak dalam drama Shakespeare. (lor yeke... hmmm korang nak letak jugak ke name korang???)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan