Jumaat, 24 Julai 2009

Korang2 tahu pasal semua nie???? - 5

  • Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat (kalau kat sini yg tergaru2 sambil melompat2 adalah beruk kene belacan)
  • Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys. (duk kat bar pakai kot siang hari, kome tak g kije ker??? ooo entertain client)
  • Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam. (aku suka kacau air ikut lawan jam.. tanpa aku sedarilah. kalau korang??)
  • Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu. (yang ini jangan pulak korng cube try kat rumah... aku tak bertanggungjawab)
  • Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang. (haiwan yang paling banyak kat rumah sewa aku adalah lipas... semut ade gak.. suke curi minm air masak kitorang.. takde kije lain ker????)
  • Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras. (aku berbulu bila nengok org pakai tanduk setan kat kepala. takde bende lain nak diletak ke??? songkokk keee)
  • Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke puncak Menara Eiffel. (aku tak kiralah brp anak tangga kat jejantas tpt kije aku.. hari2 panjat tak pulak kurus.. mugehehehe)
  • Seoul adalah ibu negeri Korea . Dalam bahasa ibundanya, Seoul bermakna `ibu negara'. (oooooooooooo)
  • Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya. ( so kalau korang kene serang jerung... bagi dia minum air bebanyak... mesti korang selamat punyer lah... hmm cube bagi tongkat ali oo kacip fatimah)
  • Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung berapi paling besar dalam sistem solar. (korang ingat tak suatu ketika dahulu ada ura2 cuba manusia bina pnghidupan ka sane... korang ade berani ke???)
  • Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap. (berapa ribu patah perkataan yg korang ucapkan bila korang dalam kete pastu pemandu lain memandu ikut suke peparu die jer...)
  • Drama pertama yang dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada tahun 3200 Sebelum Masehi- lebih 5,000 tahun lalu. Skrip drama yang dijumpai oleh seorang arkelogi di Luxor pada 1895 ditulis atas tumbuhan papyrus dan masih tersimpan hingga kini. (aku ngan budak bilik aku selalu main game luxor... ada satu ketika mcm dah addict lah)
  • Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut. Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian. (lor.... kesian lah pulak.. ke aquarium diorang kecik benor..... idokler teman tahu)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan