Jumaat, 24 Julai 2009

Korang2 tahu pasal semua nie???? - 3

  • Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung. (beringat2 lah pada mereka yg banyak kali bersin dalam besen)
  • Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.(sebab tu aku suka psang kipas or aircond.. kalau otak rusak sape susah????)
  • Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia. (orang yg badan mcm badak leh lari sepantas tu ke)
  • Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer. (ngauman bos yg menyinga leh dengar sampai ke department yang lain...)
  • Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya. (so kepada mereka yg siang jadi jantan mlm jadi lain takleh lah kupu2 mlm o sotong o ape ke.. kene panggil tiram lah.. Oooo)
  • Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.(berapa peratus manusia kat dunia nia adalah tulinnn)
  • Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.(negara kita takde ratu kan??? hmmm Ratu England dah hidup brp lame ha??)
  • Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu - di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7 peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku, sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan. (Dapat merasa duk kat kg terapung mcm kat brunei)
  • Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4 meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah daripada membuat terowong bawah laut. (uishhh,,, murahnye.. kos "Jamban" rumah korang brp lak)
  • Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun. (aku rase sungai Klang lagi menderita pasal banyak sgt sampah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan