Jumaat, 24 Julai 2009

Korang2 tahu pasal semua nie???? - 7

  • Senjata biologi menjadi kegemaran di kalangan kuasa besar kerana kosnya yang amat murah. Misalnya mereka hanya perlu membelanjakan US$1 untuk memusnahkan kawasan seluas satu kaki persegi berbanding US$600 menggunakan senjata kimia US$800 senjata nuklear atau US$2,000 dengan senjata konvensional. (kentut adalah senjata biologi kwn aku. tidak memerlkan kos yang tinggi. ada berani korang nak lawan dia)
  • Senjata biologi telah digunakan sejak permulaan abad ini. Kali pertama digunakan oleh bangsa Rom dengan memasukkan haiwan mati kedalam empangan untuk meracun sumber air musuh. (hmmm. aku leh suruh kwn aku tersebut kentut dlm air... baru power)
  • Purata pisang mengandungi 90 kalori, kira-kira 90% keperluan kabohidrat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia juga mempunyai vitamin B dan C serta potasium (kalium) yang dapat menghasilkan tenaga. (kalau makan pisang aje n tak nak mkn nsi lagi dah mcm sedare korang kat zoo negara)
  • Paus beluga yang ditemui di Lautan Artik, Kanada boleh bergerak sejauh 700 batu sehari. Haiwan ini hanya perlu menyedut oksijen setiap 20 minit. (subahanallah... hebat ciptaan Allah.. tp sekali sedut brp oksigen yang dia sedut.. yelah kan badan dia kan Ya Rabbi besau)
  • Sungai Amazon di Amerika Selatan yang merupakan sungai terbesar di dunia, mengandungi dua pertiga daripada kandungan air sungai seluruh dunia. (sungai klang merupakan sungai terbesar di lembah klang, malah ianya mengandungi satu pertiga sampah diseluruh KL)
  • Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika dibandingkan dengan nisbah saiz badannya. (so korang jangan ck semut takde otak bila korang tengok dia curi gula korang, n berenang dlm air masak aku, isk isk)
  • Cacing gergasi Australia- cacing terpanjang di dunia boleh membesar sehingga 2 meter panjang.(Giant dlm cite doraemon bukan lah gergasi di negara jepun.. hmmmm giant tu dahsyat woi... ade mall sendiri kat kelana jaya)
  • Wira Greek, Agamemnon yang merupakan pahlawan terbilang empayar tersebut menemui ajalnya bukan dimedan perang tetapi di tangan isterinya sendiri selepas dia kembali dari perang Trojan. (mati di tangan isteri???? uihhh knp?? tak cium bau syurga tu....)
  • Anugerah Oscar mendapat namanya pada 1928 apabila Margaret Harrick, Pengarah Eksekutif Academy of Motion Picture Arts and Science USA mendapati bahawa ukiran patung manusia itu mempunyai rupa yang seiras dengan bapa saudaranya, Oscar. (ikut2 suke peparu dia nama kan award tu dengan name pak sedare die...)
  • Semut berkomunikasi dengan menggosokkan sesungutnya. (bila korang berkomunikasi dengan org lain jgnlah kau asyik bersungut2...)
  • Bilangan telefon di bandaraya Tokyo, Jepun adalah lebih banyak daripada bilangan telefon yang terdapat di seluruh Afrika. (suatu pembandingan yang tak relevant... korang tengok lah sikit penghidupan kat Afrik kebanyakan mcm mane )
  • Pen berdakwat diperkenalkan pada tahun 1884 oleh Lewis E.Waterman, seorang agen insurans. (apa brand pen tersebut???)
  • Apabila panglima Sepanyol yang menawan Peru, Francisco Pizarro, menculik ketua suku kaum Inca yang bernama Atahualpa pada tahun 1532, beliau meminta bayaran tebusan yang amat "menggerunkan" - sebuah dewan yang dipenuhi emas dan perak bernilai $170 juta! (dahlah tawan negara orang pastu bolehlah pulak dia mintak tebusan... uihhh banyak cengkadak......)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan