Jumaat, 24 Julai 2009

Korang2 tahu pasal semua nie???? - 4

  • Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku pernah dicatitkan. (department paling sejuk kat opis aku adalah finance ngan HR.. pasal ape, cek kak - cek kak kat situ semua selalu ckp "sssseeejjjjukkkk. kalau tutup aircond kesian lak kat mr ow ngan edmund.. nanti diorang kuar bilik muka merah pasal kepanasan)
  • Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih berat badannya dalam masa 36 jam. (adakah limau kasturi limau terkecik didunia? wei! minum air limau kasturi asam boi sedap sehhhh)
  • Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak- kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah. (ape korang dapat pelajari bila nengok dragon ball.. "dragon ball ade 7 bijik bola api" itulah kwn2 aku pelajari)
  • Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam. (apakah bahan buangan kita leh menjanakan tenaga elektrik???)
  • Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang. (kalau mcm tu antar ayam korang kat kutub utasa o selatan. pasal kat sana ada selama beberapa bulan siang jer.. tak silap aku nam bulan.. tp... kalau ayam korang leh survive.. ini takde kaitan "ibu ayam" dgn "anak ayamnyer ye")
  • Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura - kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir. (ada gak kes... awekss cun gilersss, tp bile dengar suare.. Ya Rabbi)
  • Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi. (sebab tu aku suka menjerit)
  • Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air terjun ini. (bila agaknye duit gaji kita akan berhenti mengalir kuar....)
  • Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit. (hanya buaya darat aje yg boleh)
  • Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit ialah seberat 1.36 kg. (apakah mungkin dia tertelan batu karang di lautan.. so berhati2 bila korang scuba diving)
  • Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya. (mcm mane pulak dgn ikan sembiang n keli)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan