Isnin, 27 Julai 2009

Korang2 tahu pasal semua nie???? - 10

  • Sebanyak dua jenis ular mendiami Pulau Hawaii, ular laut yang jarang ditemui dan ular buta yang hidup seperti cacing tanah dalam lubang di bumi. (ularkan suka membelit.. hmmm.. manusia pon suka membelit gak. mungkin diorang ada kaitan dengan ular kot..)
  • Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat. (hmmm... mmg laju..)
  • Bendera Union Flag hanya dikenali di Britain sahaja. Tetapi nama itu berubah menjadi Union Jack di kalangan negara Komanwel selepas ia dibawa keluar dari negara itu. (korang tahu knp tak? aku lagilah tak tahu... nanti korang cite ngan aku kalau korang tahu he...)
  • Kesebelasan pemain bolasepak Bulgaria yang menyertai pertandingan akhir Piala Dunia 1994 di USA berakhir dengan huruf `ov'. (tapi diorang menang tak piala dunia tu.. kalau menang leh ikut formula diorang nie... leh diusulkan ke FAM)
  • Usus manusia menghasilkan satu lapisan lendir (mukus) pada setiap dua minggu. Jika tiada lapisan baru terbentuk, kerana penyakit atau sebagainya, pelbagai asid yang dihasilkan oleh perut akan melukakan lapisan usus. (jgn korang memandai nak tambah bende yg berlendir masuk perut korang..)
  • Chimpanzee kelihatan mempunyai lebih banyak rambut daripada manusia. Sebenarnya binatang itu mempunyai bilangan rambut yang sama cuma lebih lebat. (Ooooo yaaa,,,)
  • Seorang dewasa yang kuat bekerja akan berpeluh sehingga empat gelen sehari. Tapi kebanyakan peluhnya akan tersejat sebelum sempat mereka menyedarinya. Bagaimanapun kuantiti peluh yang terhasil bukan hanya bergantung kepada suhu dan kerja yang dibuat tetapi juga kelembapan cuaca ketika itu. Apabila kelembapan tinggi seperti di negara ini, peluh yang keluar lebih banyak berbanding dengan kawasan yang berkelembapan rendah. Pengeluaran peluh amat penting bagi menyejukkan badan. Tetapi anjing yang tiada kelenjar peluh masih boleh menyejukkan badannya. Haiwan ini akan mencungap-cungap (menjelirkan lidahnya) untuk mengeluarkan haba. ( yng kornag lak, jgnlah pulak bila aircond o kipas korang rosak, korang jelir2 lidah bila kepanasan nanti... takkan sejuknye.... makin semput adalah pasal banyak noorrrr lalat masuk)
  • Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita. (org lelaki banyak buat dosa kat org pompuan nie....)
  • Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih kacang dan kemudian terlupa tempat mereka menanamnya. ( kalau kwn aku yg asyik terlupa barang dia kat mane boleh dikategorikan sebagai tupai gak ker???)
  • Sebanyak 50,000 perkataan digunakan oleh Ernest Vincent Wright untuk menghasilkan novel GADSBY. Tetapi tiada satu pun perkataan dalam novel itu yang mempunyai huruf 'E'. (apakah ianya satu kebetulan atau disengajakan... mmg hebatlah.. cube korang kira perkataan E dlm blog aku nie ade berapa banyak..)
  • Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah E manakala Q adalah huruf yang kurang digunakan. (cuba korang kaitkan dgn fakta kat atas tu... mcm mane hek die leh tak gunakan perkataan E langsung.... mmg sesuatu yg hebat.)
  • Pencungkil gigi adalah objek yang biasanya menjadi punca rakyat Amerika Syarikat mati tercekik. (diorang sebenarnye yg tak pandai gunakan pencungkil gigi tu... gosok gigi ajelah.. susah sangat...)
  • Setiap 45 saat, sebuah rumah dijilat api di U S A. (korang nak ke pindah ke Amerika??? ada berani ka???????)
  • Laut Merah di Asia Barat mendapat namanya daripada warna alga merah di permukaannya. (agaknye mcm mane mak ayah kita leh terfikir nak bagi nama kat kita... jgn jadi mcm abg2 aku masa diorang kecik2.. ade ke patut nak namakan adik diorang Bujal... kalau korang nak tahu.. dulu mase aku kecik2 ade majalah Bambino... dalam majalah tu nama Bujal (eh jap2.. ke dari majalah Bujal.. aku lupalah.. ade korang bace majalh tu tak)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan