Jumaat, 24 Julai 2009

Korang2 tahu pasal semua nie???? - 6

  • Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama - belajar daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman. Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan dalam hidup. Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri. (kalau belajar setakat utk lulus pekse pon takde makne gak)
  • Semasa pemerintahan Kublai Khan, orang-orang Cina menggunakan singa untuk berburu. Mereka melatih singa untuk mengejar dan menangkap haiwan liar termasuk seladang serta beruang. Singa tersebut akan terus berada di samping binatang yang dibunuhnya itu sehingga pemburu sampai. (Nasir Bilal Khan n Rina Khan merupakan artis tanah air.. budak rumah aku yg bernama Liza tu (bukan liza aziz he) dia pandai tiru cakap si nasir)
  • Seni membuat peta telah wujud lebih awal berbanding seni tulisan. Sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red Indian dan penduduk Kepulauan Marshall melukis pelan kawasan yang sudah mereka kenali. Peta tertua yang diketahui sekarang ini disimpan di Muzium Semitik, Harvard, Amerika Syarikat. Ia adalah kepingan tanah liat yang dibuat oleh masyarakat Babilonia bertarikh 2500 SM. (kawan aku terror buat peta jugak pe.. dia guna bantal jer lukis peta tue.... negara mana punya peta aku tak tahulah.. nanti aku tanya dia)
  • Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian dalam uji kaji sains dan perubatan. Kira-kira 30 ribu ekor monyet telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga tahun mereka menjalankan usaha mengenalpasti dan menjelaskan pelbagai jenis penyakit polio. (hok alo... kesiannyer... korang rase pakar perubatan sekarang guna khinzir tak utk ujian wabak H1N1 @ wabak khinzir
  • Dalam satu pertandingan kerja-kerja seni yang diadakan di Barcelona Acadeny of Arts, para pelajar diberi diberi masa sebulan untuk menyiapkan hasil kerja masing-masing. Pablo Picasso yang ketika itu berusia 15 tahun menyiapkan peperiksaan itu dalam masa sehari sahaja dan dia memenangi tempat pertama, menewaskan peserta-peserta yang lebih dewasa daripadanya. (korang mase sekolah dolu2 amik mase brp lame nak siapkan lukisan yg cikgu korang suruh buat.. silap haribulan orang tak hantar pon kan.. termasuk aku.. aku tak suka sangat subjek lukisan tp aku suka lukisan... hmm mcm mane tu)
  • Ia mengambil masa selama 5 bulan untuk memberitahu Ratu Isabella mengenai pengembaraan Columbus dan 2 minggu bagi masyarakat Eropah untuk mengenai tentang pembunuhan Presiden Amerika, Abraham Lincoln. Bagaimanapun, hanya 1.3 saat sahaja diperlukan untuk manusia menerima kata-kata pertama dari angkasawan Neil Amstrong bahawa manusia boleh berjalan di atas permukaan bulan. (agaknye brp minit korang nak sampaikan salam mak ko dekat org2 yg berkenaan)
  • Orang yang pertama menjejakkan kaki di benua Antartika adalah pelayar Amerika bernama John Davis. Dia melakukannya pada 7 Februari 1821. Namun demikian, dia tidak mendapat sebarang pengiktarafan semasa hayatnya kerana kejayaannya itu cuma diketahui umum pada 1955 apabila buku log kepalnya dijumpai dan diteliti. (Lor... kesian hek... tapi kat malaysia ni.. orang yang dah meninggal pon leh dapat gelaran Dato'.. camno tu)
  • Dr James Barry, wanita menyamar sebagai lelaki menjadi jeneral dalam tentera Ratu Victoria . Dr Barry menyertai pasukan perubatan tentera, berkhidmat selama 40 tahun sebagai doktor bedah dan juga ketua penyelia kepada beberapa buah hospital. Dalam tempoh itu, dia dikenali sebagai Dr James Barry, seorang lelaki. Jantina sebenar beliau hanya diketahui pada 1865 apabila dia meninggal dunia. (macam mane dengan pompuan yg mcm lelaki.. ape2 pon aku tetap tahu ko tu pompuan...)
  • Jerung adalah binatang berbahaya, malah sebelum ia ia dilahirkan lagi. Saintis Stewart Springer telah digigit oleh satu embrio jerung pasir semasa beliau sedang memeriksa ibu jerung tersebut yang sedang hamil. (memang dah dasar jerung.. jerunglah jugak)
  • Seminit selepas anda membaca ayat ini, 100 orang akan meninggal dunia dan 240 bayi akan lahir. Mengapa? Kerana pertambahan populasi dunia dianggarkan sebanyak 140 orang seminit. (uihhhhh....)
  • Maharaja Keempat Moghul, Jahangir yang memerintah dari 1605 hingga 1627 mempunyai 300 orang isteri, 5,000 gundik, serta 1,000 anak muda untuk "menghiburkannya" . Di luar istana Jahangir, dia memelihara 12,000 ekor gajah, 10,000 ekor sapi, 2,000 ekor unta, 3,000 ekor rusa, 4,000 ekor anjing, 100 ekor singa jinak, 500 ekor kerbau dan 10,000 ekor burung merpati. (uihhh... manusia ape nie... ini kalau pembahagian harta, diorang2 semua dapat seciput jer lahh hekk.. punggah)
  • Benua Antartika meliputi kawasan seluas 14 juta km persegi. Jika India dan Cina dicantumkan, keluasan ityu masih gagal menandingi kawasan benua beku itu. 90% kawasan itu pula dilitupi ais dengan ketebalan kira-kira 2 km. Manakala keluasan litupan ais pula adalah 30 juta meter persegi. Jika semua ais di Antartika cair, paras laut akan naik mendadak di antara 50 - 60 meter yang akan menenggelamkan sebahagian besar muka bumi. (kalau korang bukak business abc kat sane leh untung besau tak?)
  • Jutawan Microsoft, Bill Gates serta keluarganya berpindah ke kediaman baru mereka berhampiran Seattle, Amerika. Rumah yang menelan kos US$50 juta itu dilengkapi pelbagai peralatan elektronik canggih. Antaranya penghuni boleh mengawal suhu yang dikehendaki dalam rumah dengan menggunakan sejenis pin khas yang hanya dilekatkan di kocek baju. (aku rasa patutnye dirang panggil ayah pin.. yelah kan.. bapak segala pin)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan