Sabtu, 26 September 2009
Knp kita tak aje Boikot Indon
Ape yg aku perasan... Org negara aku yg lantang bersuara semua mcm senyap jerk... Dah tu TV3 dan seangkatan dengannye sibuk nak tayang bahan2 dari indon... aku pon tak fahamlah... Macam tak sensitif langsung dengan ape yg kita hadapi... Ya mmg betul. Kita hadapi masalah ini dengan cara berhemah dan jangan terikut2 dengan rentak diorang... Tp aku tengok sekarang ini semua sudah lebeh beb...
Kalau korang perasanlah kan, siaran televisyen sekarang ni pagi petang, siang malam asyik nak siar drama indon... Jalan cite semua jer.... BOSAN!!! Raya itu hari aku naik geram bila anak sedara aku sibuk nak nengok cite Indon yg entah ke hape... UIhhhhhh !!! mendidih aku....
Oh ye.. Kalau korang dah baca posting aku sebelum ni yg tajuk nyer " Nak Bagi Diorang Besor Kepala Lagi ker". Aku nak sentuh pasal usaha diorang nak patenkan batik, keris dan rendang sebagai hak milik mereka... Salah satunya dah di iktiraf sebagai hak milik mereka... Tp aku tak pasti yg mana satu... Korang rasalah... kalau rendang yg dah disahkan milik mereka, lepas ni kalau mak o nenek korang nak pasarkan rendang diorang, diorang leh kene saman tau... Huhuhuh.. payah betullah.... Tapi yg pasti bak kata kwn aku lah.... Diorang nak ngaku ape2 jer semua diorang tu punye... amik jelah... Yg pasti ikut suka hati akulah nak buat ape..... huhuhuhuh.....
Bagi akulah senang jer... Kalau Indon2 ni nak provok sgt, jgn sibuk2 nak cari rejeki kat negara malaysia nie.... Kalau korang sibuk sgt nak ckp tarian pendet tu tarian korang tu ngaku ajelah... Aku malu nak ngaku tarian tu dari negara aku... Pasalnye tarian tu mendedahkan Aurat.... Astagrhhhhfirullahhhhhhh Harramm! Harraamm! (sila guna slang pak arab he)
Yang pasti hanya satu, diorang ni semua dah lupe ke... kite semua kan serumpun.. aku pun ade sedara kat sane.. n diorang pon ada sedara kat sini.. budaya pon hampir sama... ape yang dikecohkan sampai nak bergaduh n sweeping rakyat malaysia... Korang nak buat mcm tu pon, nanti korang terhegeh2 datang malaysia cari kije kat sini...
Aku pernah terbaca satu blog tu yg mengatakan Indon ni semangat patriotik nye tinggi... Tp bagi aku lah adalah hanya ketaksuban mereka tinggi... Jangan lupe korang datang sini gak cari... Tp aku tak nafikan negara kita saling memerlukan antara satu sama lain... Lu pikirlah sendiri....
NAK BAGI DIORANG BESOR KEPALA LAGI KE?
Jangan Bagi Depa Pijak Kepala Kita Sangat...
Jangan biar berpanjangan
julia.ismail@kosmo.com.my
MENELITI ketegangan hubungan Malaysia dan Indonesia yang berpunca daripada pelbagai insiden sejak kebelakangan ini, seolah-olah memberi isyarat bahawa sengketa itu sengaja dicetuskan oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan sendiri.
Mana tidaknya, apabila menteri-menteri dan barisan kenamaan Indonesia menyatakan maaf secara terbuka dan memberi jaminan keselamatan kepada warga Malaysia di negara itu, pihak media di negara yang memiliki kira-kira 17,000 pulau itu terus 'berlagak pandai' dengan membuat tuduhan melulu tanpa pernah berasa jemu menyiarkan berita yang boleh memanaskan keadaan.
Kemarahan Indonesia terhadap Malaysia bukanlah perkara baru. Malah, insiden-insiden seperti tunjuk perasaan dan membakar Jalur Gemilang sudahpun berlaku sejak puluhan tahun lalu. Paling terpahat dalam jiwa penduduk Malaysia adalah kempen Ganyang Malaysia yang dilancarkan oleh Presiden Sukarno pada tahun 1963.

perkataan Ganyang di Jakarta pada 30 Ogos 2009.
Menurut Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman, sebelum era kemerdekaan di kedua-dua negara terbabit, Malaysia dan Indonesia mempunyai ikatan yang akrab dalam aspek budaya, agama dan bahasa.
"Pada tahun sebelum kemerdekaan, perjuangan untuk bebas daripada penjajahan Inggeris di Tanah Melayu dan Belanda di Indonesia merupakan perjuangan serumpun yang tidak hanya fokus pada kepentingan satu pihak.
"Indonesia mencapai kemerdekaan pada 17 Ogos 1947 menerusi revolusi berdarah, manakala Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957 melalui perundingan damai tanpa pertumpahan darah.
"Indonesia seperti memandang rendah terhadap cara kita mencapai kemerdekaan," katanya kepada Kosmo! pada majlis pelancaran buku Setengah Abad Hubungan Malaysia-Indonesia di UM, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mohammad Redzuan adalah orang yang bertanggungjawab merealisasikan persidangan Perhubungan Malaysia Indonesia 2007-2008 sehingga berjaya menerbitkan buku tersebut.
Kempen Ganyang Malaysia telah dicetuskan pada tahun 1963 oleh Presiden Sukarno kerana mendakwa Malaysia adalah 'neo kolonialisme' atau penjajahan baru imperialis British.
Perbalahan antara dua negara itu umpama air di lautan. Ada waktu, pasang dan ada waktu, surut.
Pernah satu ketika, kemarahan rakyat Indonesia menggelodak akibat tindakan syarikat minyak nasional Malaysia, Petronas menyerahkan konsesi untuk mencari gali minyak di medan Ambalat dan Ambalat Timur di luar Laut Sulawesi kepada syarikat Shell milik Anglo-Belanda.
Bukan itu sahaja, perebutan wilayah Sipadan dan Ligitan yang berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Malaysia apabila Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan pada 2003 bahawa dua pulau itu milik Malaysia turut meninggalkan kesan hitam dan duka dalam kalangan rakyatnya.
Agak menghairankan mengapa kebencian terhadap Malaysia begitu meluap-luap, sedangkan Malaysia menjadi lubuk rezeki kepada hampir dua juta warga mereka yang bekerja di sini.
Apa yang pasti, peranan media Indonesia menjadi antara punca yang menambahkan kekeruhan hubungan apabila mereka memainkan semula isu-isu berbangkit dengan meluas.
Mengulas isu itu, Ketua Program Lepasan Ijazah Hubungan Antarabangsa, Fakulti Sains Politik dan Sosial, Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta, Indonesia, Prof. Dr. Mohtar Mas'oed, berkata, media Indonesia telah mengalami kebebasan luar biasa sejak tahun 1998.
"Media-media Indonesia dipengaruhi oleh kepentingan politik dan memaparkan apa yang rakyat ingin baca. Apabila satu media mencetuskan sesuatu isu, media lain akan turut membawa isu tersebut dengan mencari sesuatu yang berbeza untuk melariskan akhbar.
"Persaingan menjadikan isu tersebut lebih besar dan mempengaruhi penduduk," katanya kepada Kosmo! ketika ditemui pada majlis yang sama di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Katanya, penduduk Indonesia perlu dididik mengenai Malaysia kerana mereka tidak berapa mengenalinya.
"Sebenarnya, penduduk Indonesia telah dipupuk dengan perasaan benci sejak tahun 1960-an lagi.
"Masalah semakin buruk apabila lebih banyak rakyat terutama kelas pertengahan mempunyai akses kepada televisyen dan akhbar," jelasnya.
Namun, katanya, kerajaan Indonesia berusaha untuk meredakan kemarahan yang tercetus dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono sendiri telah mengingatkan penduduknya bahawa tindakan kekerasan sweeping Malaysia tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya akan menimbulkan masalah yang baru.

menyerang warga Malaysia di Indonesia menjalani latihan seni mempertahankan diri.
Beliau mengakui turut menerima SMS (sistem pesanan ringkas) daripada rakyat Indonesia yang berada di Malaysia.
"Mereka telah menyatakan kebimbangan dan meminta kerajaan Indonesia menyelesaikan masalah yang timbul ini dengan segera.
"Terdapat 1.8 juta rakyat Indonesia sedang mencari rezeki dan belajar di Malaysia. Mereka kini berada dalam kebimbangan berikutan reaksi berlebihan segelintir warga Indonesia yang menimbulkan sengketa dengan Malaysia.
"Tindakan sweeping ke atas rakyat Malaysia adalah tindakan kekerasan dan bertentangan dengan undang-undang, apatah lagi ketika umat Islam, baik rakyat Malaysia mahupun rakyat Indonesia sedang menunaikan ibadah puasa," katanya mengulas tindakan segelintir rakyat Indonesia yang menamakan kumpulan mereka, Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera). Mereka membawa buluh runcing dan memeriksa tanda pengenalan orang ramai yang melalui Jalan Diponegoro di Jakarta. Dilaporkan mereka akan merejam warga Malaysia dengan buluh runcing tersebut sebagai tanda protes terhadap ketidakpuasan mereka terhadap Malaysia yang dituduh 'mencuri' tarian pendet yang berasal dari Bali untuk disiarkan di dalam sebuah rancangan promosi Malaysia di saluran Discovery Channel baru-baru ini.
Bukan itu sahaja, rakyat Indonesia juga mendakwa bahawa Malaysia mencuri seni budaya mereka melalui lagu Negaraku yang didakwa diambil daripada lagu Terang Bulan.
Walhal, lagu itu bukan milik kedua-dua negara kerana ia dicipta dan milik ahli muzik Perancis, Pierrr Jean de Beranger (1780-1857). Soalnya, kenapa perlu membantah jika perkara itu bukan seperti yang didakwa.
Selain itu, kes penderaan pembantu rumah seperti yang berlaku kepada Nirmala Bonat dan terbaru, kes Siti Hajar juga mencetuskan amarah penduduk Indonesia sehingga mendorong Menteri Tenaga Manusia Indonesia, Erman Suparno mengeluarkan arahan supaya menghentikan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia.
Tindakan tersebut mungkin memberi kesan kepada Malaysia tetapi selebihnya adalah kepada negara mereka sendiri. Ia umpama menyekat pengaliran masuk mata wang asing ke bumi Indonesia.
Hakikatnya, kedua-dua negara saling bergantung di antara satu sama lain. Ini kerana kira-kira 93 peratus daripada pembantu rumah di Malaysia adalah dari Indonesia dan selebihnya dari Filipina dan Sri Lanka.
"Kita tidak pernah membesar-besarkan masalah termasuk kejadian jenayah yang dilakukan oleh warga Indonesia di bumi Malaysia.
"Menurut statistik Jabatan Imigresen, seramai 1,200 pembantu rumah dilaporkan lari dari rumah majikan pada setiap tahun.
"Adakah mereka tahu berapa banyak jenayah seperti rompak bersenjata, pergaduhan dan berapa ramai majikan yang teraniaya akibat perbuatan amah yang lari, berbanding dengan bilangan kes penderaan yang terlalu sedikit," ujar Mohammad Redzuan kesal.
Kita sedia tahu bahawa media Indonesia sejak dahulu lagi gemar menghentam Malaysia. Pantang timbul isu yang oleh 'dimainkan,' pasti media di negara itu akan membesar-besarkan isu tersebut sehingga tahap melampau.
Sebaliknya, media Malaysia lebih profesional dalam menyiarkan berita yang boleh menggugat hubungan politik dan budaya di antara kedua-dua negara.

Indonesia mengagihkan selimut kepada mangsa gempa bumi di Panglengan, Jawa Barat.
Sungguhpun, laporan media Malaysia lebih berhemah, namun pernah satu ketika, Kedutaan Indonesia meminta semua media di negara ini menyediakan buku skrap yang menyenaraikan semua laporan yang tidak disenangi Indonesia. Buku itu perlu menjelaskan setiap laporan yang telah disiarkan. Mungkin sekarang, sudah tiba waktunya kita melakukan perkara yang sama.
Selain itu, Indonesia seperti sengaja mencari pasal apabila bertegas mahu mempatenkan batik, rendang dan keris sebagai hak milik mereka dan sesiapa yang ingin menggunakannya perlu meminta kebenaran. Satu daripada perkara itu telahpun berhasil apabila Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) baru-baru ini mengiktiraf bahawa batik merupakan produk yang berasal dari Indonesia.
Walaupun rakyat negara ini terpaksa menelan segala penghinaan yang begitu teruk, kerajaan Malaysia masih tenang dalam menangani masalah yang tercetus dan lebih gemar menyelesaikannya secara diplomatik.
Lebih daripada itu, Malaysia tidak menyimpan dendam dan buktinya, negara kita tetap menghulurkan bantuan kepada Indonesia setiap kali bencana menimpa negara itu. Misalnya, baru-baru ini, para pelajar Malaysia di Indonesia telah menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Jawa Barat.
Namun adakah sikap tenang atau lebih dilihat sebagai tidak ambil peduli itu membuatkan rakyat Indonesia semakin memijak kepala kita dan seperti mengiakan bahawa kita bersalah dalam segala hal. Mungkin ada masa, kita perlu beralah tetapi ada waktunya, kita tidak boleh lagi berdiam diri. Apa yang penting, jangan biarkan maruah kita tercabar gara-gara sikap tidak matang segelintir pihak di Indonesia.
Ahad, 16 Ogos 2009
Soalan kow2 nyer... Jwpn kene kow2 gak
Oklah korang.... nindia soklan2 nyer...
Soklan: Ko sebenarnye kije ape ek?
Jwpn: 1. "aku sebenarnye kije sebagai penggali kubur..... nanti kalau ko 'memerlukan' aku... free jer aku tolong gali... ala.. kwn2 nyer pasal..."
2. "aku sebenarnyer ejen rahsia kerajaan. tapi skrg ni ko dah tau jadi terpaksalah bunuh ko sebab nak tutp rahsia, sorilah ye.."
Soklan: Ko tak terfikir pasal nak kawen ke? asyik bujang je?
Jwpn: " ntahlah. bini ko cakap hari tu nak mintak cerai sbb nak lari ikut aku ke Siam. Aku tunggu dialah ni
Soklan: Kau pakai henpon jenis lama lagi ke? Pesal tak tukar lain?
Jwpn: " Ada kat rumah aku. aku saja tak nak guna takut nanti kau tahu skandal akudengan pakwe kau. dia belikan model yg terbaru dari kau pakai sekarang."
Soklan: Aku dengar kau tak pandai makan masakan barat. Betul ke?
Jwpan: " a'ah. betullah tu. laipun kalau mkn masakan barat bukannya bole buat aku jadi cun. aku tengok muka ko tak bertukar2 pun. mcm dulu gak"
Soklan: Kau ni asyik pakai baju kurung je kenapa? Tengok aku nie, sentiasa up-to-date
Jwpn: "cuba kau tanya soalan tu kat malaikat munka nakir dalam kubur sok. rasa-rasanya apa diorang jawab?"
mugehehehe..... jwb je mcm nie.... kalau org keliling ko byk nor soklan die.....
Khamis, 13 Ogos 2009
Allah Maha Besar!!!!!

Pemandangan yang paling menarik siut.... hmmm.. Allah maha besar kan... pemandangan Kuala Lumpur yang diserang hujan....... nengok betapa lebatnyer hujannyer tue.... allahuakhbar... cube korang bayangkan hek... kita sekecik2 umat.. pastu di datangkan hujan yg selebat2 nyer.... sampai takleh geraklah... boleh sampai lemas lah... hmmm takyah lah korang bayangkan korang sekecik umat... bayangkan aje ko seekor semut... mesti korang gerun kan.... apepun ni semua adalah kehebatan Allah...

uihhhh.... gerun gak nengok awan tu hek... nengok awan tu dah mencecah bumbung bangunan tu.. skar nak gambar kan awan tu mcm mane kan... hmmm.... ape yg korang nampak kat awan tue.... banyak yg tersirat dari tersurat....

aku rase kilat pencawang electrik kat bukit tu... tepat kot dia kene.... ape korang rase????? ape??? rase lapar??? tolong bg jawapan mengikut kehendak soalan yer..... aku tanye pendapat kilat tu sambar kat mana... hmmmm.. agak2 nyer ade orang tak kat situ... uishhh... gerun gak hek... org dolu2 cakap... kilat ni selalunye menyambar iblis... hmm yeke.... hanya Allah yg tahu akan jawapannye....
Selasa, 11 Ogos 2009
Budak Omelllllll!!!!
Hahahaha.... Anak sapelah tu... Kene buli pulak dgn Cek An.. Ciannyer die... comel betolll.... Aku rase takde ape2 yg terjadi ngan si kecik tu kot....
Hmmm... in yg dikatakan percintaan atara dua darjat... muka anak berok tu mmg betul2 comel masa tdor... mesti manja sangat.. ntah kemana emak dia kan... tp satu jelah.. cuba korang nengok.... dua2 menatang tue berlainan jenis.... tp leh hidup bersama2 n mesra..hmmm mmglah tak semua minatang tu mcm tu.. tp yg satu tu leh dijadikan sebagai contoh.... so kite semuamcm mane?? leh berkerjasama tak dgn kaum lain, fahaman politik yg lain (politik kita mmg berbeza2 tp penghidupan biasa kite berkerjasama... jgn pilih bulu be..)... (kalau aku dapatarase nak picit berok tue.... rase nak picit jerk.... mugehehehe... tak baek woi... dera menantang...)

aku rase kucing ni tunggu org yg nak kuarkan duit nie.... manelah tahu dia leh cekau selai dua.... tp kalau dijadikan sebagai guard,, hmmm nampak sgtlah dia sama mcm guard2 yg ada.. TIDO!!! (hehehehe.... sian kucing nie.... mesti dia cari tpt nak panaskan badan... kalaulah aku ade ghumah sendiri... dah tentu aku amik kucing nie.. buat belalah.. sian sut....)
Sabtu, 1 Ogos 2009
Korang Semua Perasan Tak?
Assalammualaikum semua... hari nie aku nak sentuh pasal demonstrasi2 yg telah diadakan di Malaysia sekarang, terutamanya yg diadakan pada hari ini... aku bukan ape... aku bukan nak cite ape yg diorang proteskan... tapi aku nak ckp pasal mereka yg terlibat dalam demonstrasi ni.... Ape yg saya perasan yer anak2 sekalian, kebanyakan demonstrasi yg diorang buat ni... akan dibuat pada hari sabtu.... hmmm seperasan aku lom pernah lagi lah buat hari bekerja... kira ok per... sekurang2 nye tak mcm negara jiran kita mcm thailand... kalau boleh diorang nak buat 24jam berdemonstrasi.. mcm negara kita ni stil fikir nak cari mkn lagilah.. fikir pasal kije n nak rehat secukupnye.. dan itu pasallah kebanyakan demonstrasi ni dibuat pada hari sabtu..... Ahad hari utk diorang berehat... Sekurang2 nye diorang still fikir pasal nak cari rezeki lagi.. n diorang taklah membabi buta buat demonstrasi....Ahlamak aiii...... Time2 mcm nilah ko nak naik..

Ni yg aku malas nak cite... Harga tambang bus naik lah pulak... Kalau korang nengok dengan mata kasar schedule tu mcm tak naik... tapi naik beb.. lagi perit bile naik bus tempatan.. pada pendapat aku... dia naik seratus peratus... bukan ape.. sebelum ni tambang bus RM1 utk satu hari... la ni stil RM1 tp utk sekali naik... kita yg naik bus dah tentu dua kali naik... tak ke 100% namanye... kalau mcm perjalanan aku nak ke opis kat phileo damansara dari rumah aku kat kelana jaya, kos semua sekali temasuk train LRT adalah RM6 sehari... yelah aku kene naik dua bas.... hari bekerja aku 20hari/21 hari..
RM6 x 20 hari = RM120
kalau sebelum ni pulak
RM3 x 20 = RM60
uih... naik 100% tue.... giler ah...
hmmm nampak nye lepas nie kene lah aku mengamalkan sepenuhnye konsep ekonomy iaitu keperluan dan kehendak... sebelum ni amalkan jugak..... tapi skrg kene lebeh beringat2 jugak wei... walaupun mungkin ada antara korang yang nampak mcm kecik amauntnye... tapi bagi aku terasa jugak wei...
(ini adalah analisa utk diri aku sendiri.. kepada mereka yg rasa2 peningkatan tersebut hanya sedikit dan tak meninggalkan apa2 kesan... sila berdiri di kaki org lain.. bukan aku suruh korang berdiri atas kaki org.. tapi sila memandang dan berfikir sejenak sebagai seseorang yang lain... dan jgn bezakan anda dengan org lain dengan berkata anda boleh jer survive.. knp lak org lain banyak bunyi.... jangan bezakan dengan cara itu,, sebab kerja lain2 n gaji pun lain2, kos hidup korang2 pun lain2.. ada yg kene tanggung itu ada yg kene bayar ini.. wa'ima org itu anak bongsu. hidup ini kan banyak charges tersembunyi)




