Jumaat, 24 Julai 2009

Korang2 tahu pasal semua nie???? - 5

  • Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat (kalau kat sini yg tergaru2 sambil melompat2 adalah beruk kene belacan)
  • Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys. (duk kat bar pakai kot siang hari, kome tak g kije ker??? ooo entertain client)
  • Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam. (aku suka kacau air ikut lawan jam.. tanpa aku sedarilah. kalau korang??)
  • Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu. (yang ini jangan pulak korng cube try kat rumah... aku tak bertanggungjawab)
  • Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang. (haiwan yang paling banyak kat rumah sewa aku adalah lipas... semut ade gak.. suke curi minm air masak kitorang.. takde kije lain ker????)
  • Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras. (aku berbulu bila nengok org pakai tanduk setan kat kepala. takde bende lain nak diletak ke??? songkokk keee)
  • Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke puncak Menara Eiffel. (aku tak kiralah brp anak tangga kat jejantas tpt kije aku.. hari2 panjat tak pulak kurus.. mugehehehe)
  • Seoul adalah ibu negeri Korea . Dalam bahasa ibundanya, Seoul bermakna `ibu negara'. (oooooooooooo)
  • Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya. ( so kalau korang kene serang jerung... bagi dia minum air bebanyak... mesti korang selamat punyer lah... hmm cube bagi tongkat ali oo kacip fatimah)
  • Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung berapi paling besar dalam sistem solar. (korang ingat tak suatu ketika dahulu ada ura2 cuba manusia bina pnghidupan ka sane... korang ade berani ke???)
  • Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap. (berapa ribu patah perkataan yg korang ucapkan bila korang dalam kete pastu pemandu lain memandu ikut suke peparu die jer...)
  • Drama pertama yang dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada tahun 3200 Sebelum Masehi- lebih 5,000 tahun lalu. Skrip drama yang dijumpai oleh seorang arkelogi di Luxor pada 1895 ditulis atas tumbuhan papyrus dan masih tersimpan hingga kini. (aku ngan budak bilik aku selalu main game luxor... ada satu ketika mcm dah addict lah)
  • Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut. Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian. (lor.... kesian lah pulak.. ke aquarium diorang kecik benor..... idokler teman tahu)

Korang2 tahu pasal semua nie???? - 4

  • Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku pernah dicatitkan. (department paling sejuk kat opis aku adalah finance ngan HR.. pasal ape, cek kak - cek kak kat situ semua selalu ckp "sssseeejjjjukkkk. kalau tutup aircond kesian lak kat mr ow ngan edmund.. nanti diorang kuar bilik muka merah pasal kepanasan)
  • Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih berat badannya dalam masa 36 jam. (adakah limau kasturi limau terkecik didunia? wei! minum air limau kasturi asam boi sedap sehhhh)
  • Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak- kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah. (ape korang dapat pelajari bila nengok dragon ball.. "dragon ball ade 7 bijik bola api" itulah kwn2 aku pelajari)
  • Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam. (apakah bahan buangan kita leh menjanakan tenaga elektrik???)
  • Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang. (kalau mcm tu antar ayam korang kat kutub utasa o selatan. pasal kat sana ada selama beberapa bulan siang jer.. tak silap aku nam bulan.. tp... kalau ayam korang leh survive.. ini takde kaitan "ibu ayam" dgn "anak ayamnyer ye")
  • Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura - kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir. (ada gak kes... awekss cun gilersss, tp bile dengar suare.. Ya Rabbi)
  • Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi. (sebab tu aku suka menjerit)
  • Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air terjun ini. (bila agaknye duit gaji kita akan berhenti mengalir kuar....)
  • Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit. (hanya buaya darat aje yg boleh)
  • Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit ialah seberat 1.36 kg. (apakah mungkin dia tertelan batu karang di lautan.. so berhati2 bila korang scuba diving)
  • Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya. (mcm mane pulak dgn ikan sembiang n keli)

Korang2 tahu pasal semua nie???? - 3

  • Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung. (beringat2 lah pada mereka yg banyak kali bersin dalam besen)
  • Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.(sebab tu aku suka psang kipas or aircond.. kalau otak rusak sape susah????)
  • Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia. (orang yg badan mcm badak leh lari sepantas tu ke)
  • Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer. (ngauman bos yg menyinga leh dengar sampai ke department yang lain...)
  • Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya. (so kepada mereka yg siang jadi jantan mlm jadi lain takleh lah kupu2 mlm o sotong o ape ke.. kene panggil tiram lah.. Oooo)
  • Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.(berapa peratus manusia kat dunia nia adalah tulinnn)
  • Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.(negara kita takde ratu kan??? hmmm Ratu England dah hidup brp lame ha??)
  • Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu - di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7 peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku, sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan. (Dapat merasa duk kat kg terapung mcm kat brunei)
  • Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4 meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah daripada membuat terowong bawah laut. (uishhh,,, murahnye.. kos "Jamban" rumah korang brp lak)
  • Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun. (aku rase sungai Klang lagi menderita pasal banyak sgt sampah)

Korang2 tahu pasal semua nie???? - 2

  • Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri. (korang sanggup tak buat mcm tu nanti??? Aku? mmmmm..)
  • Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan. (Ini ngencess nama nyer)
  • Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia. (Biar betikkkk)
  • Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal. (korang2 kalau tuls surat wasiat guna tangan kiri jangan lupe nama aku he)
  • Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya. (he... yeke)
  • Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya. (dan berapa puluh ratus juta kali korang memerap dalam toilet)
  • Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya. (dahsyat ahh)
  • Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica . (Huruf X ngan Q brp byk lak)
  • Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter. (penguasaan bahasa inggris kita dah melebar sebanyak mana hek..
  • Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A. (cuba korang search pasal semua nie... pastu cite kat aku)
  • Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal. (tapi berapa ramai manusia berfikir tak guna otak)
* Renung2 kan selamat berpikir....

Korang2 tahu pasal semua nie????

  1. Nama tempat terpanjang di dunia ialah 'Taumatawhakatangih angakoauauotamat eaturipukakpikim aungahoronukupok ai- iwhenuakitanatahu' iaitu nama sebuah bukit di New Zealand .
  2. Dalam kebakaran terbesar di London pada tahun 1966, separuh dari kota London terbakar tapi cuma 6 orang yg tercedera.
  3. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.
  4. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune .
  5. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,
  6. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.
  7. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.
  8. kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan
  9. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km
  10. 10. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.
  11. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
  12. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.
  13. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan
  14. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.
  15. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
  16. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
  17. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.
  18. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu
  19. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah
(mugehehehe... aku baru tahu hari ni...)

Eeee... Cite Seram Nieeeeeee

21 Julai 2009

Ditahan tunggang motosikal tanpa tangan

Oleh : dBa@cHoM_MaY

BEIJING - Polis China mengeluarkan amaran terhadap seorang pemandu orang kurang upaya (OKU) selepas dia didapati menunggang motosikal tanpa kedua-dua belah tangan, lapor sebuah akhbar.

OKU tersebut, Liu Yeung, 27, dari Jimo dikesan memandu motosikal yang diubah-suai khas bersama dua pembonceng.

"Kami hanya menyedari dia tidak mempunyai tangan ketika dia ditahan. Liu memandu menggunakan badannya," kata seorang pegawai polis.

Liu dipercayai sudah menunggang motosikal tersebut sejak beberapa tahun lalu setelah dia cacat semasa masih kecil akibat menyentuh kabel elektrik sehingga merosakkan kedua-dua tangannya.

Ibu bapa Liu pernah menyerahkannya kepada pihak pengurusan sarkis ketika dia berumur 10 tahun dan memperoleh pendapatan dengan menunggang basikal.

"Lelaki itu menyangka polis menahannya kerana membawa dua pembonceng tetapi Liu terkejut setelah kami beritahu dia ditahan kerana menunggang motosikal tanpa tangan," kata polis.

Liu menganggur setelah syarikat sarkis tersebut muflis tiga tahun lalu dan sejak itu dia memperoleh pendapatan dengan menjalankan operasi teksi motosikal di bandar Jimo. - Agensi

Ape yang korang tahu pasal SEMUT


Cuba perhatikan perilaku semut di sekitar rumah Anda. Pisang goreng atau keropok di atas meja makan yang tidak manis apakah tetap dikerumuni seperti t gula atau sirua yang tumpah.

Kenyataannya sebahagian koloni semut bahkan lebih menyukai garam daripada gula. Setidaknya perilaku ini terlihat pada semut-semut yang tinggal di pedalaman yang jauh dari laut.

"Ketertarikan terhadap garam meningkat seiring jarak dari laut," ujar Profesor Robert Dudley, salah satu peneliti dari Universitas California Berkeley, AS. Kesimpulan tersebut diambil setelah Dudley dan koleganya dari Universitas Arkansas Little Rock (UALR) dan Universitas Oklahoma membandingkan sejumlah populasi semut di Amerika.

Mereka mempelajari perilaku semut dari Amerika Tengah, Selatan, dan Utara yang hidup di lokasi berbeza-beza. Semut yang hidup di habitat berjarak 96 kilometer dari garis pantai ternyata lebih suka larutan garam 1% daripada larutan gula 10%.

Kecenderungan ini tampak sekali pada semut pemakan daun daripada semut pamakan daging, seperti semut merah. Semut pemakan daun mungkin berkeinginan garam tambahan lebih banyak kerana tidak memperoleh sebanyak semut pemakan daging.

Alasan ini sama halnya dengan seekor bison, kijang, atau badak yang suka menjilat tanah untuk menambah asupan garam. Sementara hewan pemakan daging seperti singa gunung dan srigala tidak melakukannya karena sudah cukup mendapatkan garam dari mangsanya.

(korang... artikel ni aku amik kat blog org.. org tu pulak amik kat internet yg ntah mana2 sumber.. berkemungkinan penulis nye adalah dr indonesia... so utk pengetahuan korang aku kene edit2.. yg pastinye aku nak berkongsi ngan korang... sekurang2 nye aku ngaku aku cilok org nyer... mugehehehe) (Hmmm... semut kat kg korang mcm ni tak... semut kat kg aku tetap curi gula aku.. pastu suka berenang2 dlm air kitorang.. kat rumah sewa aku pon sama.. dah lah sewa tak bayar... suke2 hati berenang dlm air masak kitorang....)