skip to main |
skip to sidebar
Korang2 tahu pasal semua nie???? - 2
- Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri. (korang sanggup tak buat mcm tu nanti??? Aku? mmmmm..)
- Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan. (Ini ngencess nama nyer)
- Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia. (Biar betikkkk)
- Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal. (korang2 kalau tuls surat wasiat guna tangan kiri jangan lupe nama aku he)
- Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya. (he... yeke)
- Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya. (dan berapa puluh ratus juta kali korang memerap dalam toilet)
- Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya. (dahsyat ahh)
- Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica . (Huruf X ngan Q brp byk lak)
- Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter. (penguasaan bahasa inggris kita dah melebar sebanyak mana hek..
- Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A. (cuba korang search pasal semua nie... pastu cite kat aku)
- Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal. (tapi berapa ramai manusia berfikir tak guna otak)
* Renung2 kan selamat berpikir....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan